Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hanya kerana gred mata pelajaran, anak ditinggalkan di lebuh raya

    ROM, 29 MEI – Seorang wanita Itali yang meninggalkan anak perempuannya berusia 16 tahun di lebuh raya utama Rom kerana mendapat gred buruk dalam mata pelajaran Latin telah dikenakan dakwaan mendera kanak-kanak, lapor media kelmarin.

    Polis yang sedang meronda menemui gadis itu berjalan di tepi jalan keliling yang sibuk di sekitar Rom dan membawanya ke balai polis. Akhbar Itali melaporkan bahawa gadis itu telah menerima gred sembilan daripada 10 dalam kelas lain, tetapi hampir tidak lulus dalam mata pelajaran Latin, hanya mendapat gred lima.

    Dia memberitahu pegawai polis bahawa dia dan ibunya telah bertengkar apabila ibunya memberhentikan kereta dan menyuruhnya keluar, kata akhbar La Repubblica.

    Polis mendakwa ibu berusia 40 tahun itu atas tuduhan penderaan kanak-kanak, merujuk perkara itu ke mahkamah juvana, menurut laporan itu.

    Polis tidak segera bertindak balas untuk mengulas kes itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...