Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya kerana terpijak kasut

    5 tahunTAWAU, 1 Februari 2012 – Gara-gara terpijak kasut ketika majlis kenduri dan tari-menari di Kalabakan, seorang remaja maut dibelasah sekumpulan lelaki di persimpangan bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan, kira-kira 100 kilometer dari sini.

    Remaja lelaki berusia 16 tahun yang cedera di perut, muka, kepala dan tangan itu mati di Hospital Tawau pada pukul 3:20 petang.

    Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Ibrahim Chin berkata siasatan awal polis mendapati remaja rakyat asing itu dipukul menggunakan kayu dan tangan oleh sekumpulan lelaki berusia 17 dan 23 tahun yang tidak berpuas hari dengan kejadian itu.

    “Mereka menunggu-nya di bulatan besar Jalan Tawau-Keningau di Kalabakan.

    Sebaik sahaja mangsa yang menaiki motosikal tiba bersama dua rakan yang lain, mereka diserang secara tiba-tiba menggunakan kayu dan tangan.

    “Dua mangsa sempat melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini.

    Beliau berkata sehubungan dengan itu, polis menahan lapan remaja dengan dua daripadanya rakyat asing dua hari lepas bagi membantu siasatan kes.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda