Hanya post dua gambar dapat kumpul 700,000 pengikut

Anggota kumpulan Seventeen iaitu Hoshi akhirnya mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram.

Menerusi akaun rasmi Twitter Seventeen mengesahkan bahawa Hoshi akhirnya memiliki Instagram dengan memuat naik foto diri sendiri berlatarbelakangkan pemandangan indah.

Sehingga berita ini ditulis, Hoshi yang menggunakan nama akaun ho5hi_kwon itu sudah mempunyai hampir 700,000 pengikut selepas hanya berkongsi dua keping gambar.

Rata-rata peminat Hoshi dan Seventeen meluahkan rasa teruja menyambut kedatangan penyanyi itu ke laman sosial tersebut. Pada awal Julai, tiga ahli Seventeen iaitu Wonwoo, Jeonghan dan DK turut membuka akaun peribadi Instagram.

Manakala dua lagi anggota kumpulan itu iaitu Jun dan Dino masih belum mempunyai akaun peribadi laman sosial itu. – Agensi

Anggota kumpulan Seventeen iaitu Hoshi akhirnya mengambil keputusan untuk membuka akaun Instagram. – Agensi