Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya satu kes, 300,000 terpaksa dikurung

    BEIJING, 12 JULAI – Ratusan ribu penduduk diarah untuk terus berada di rumah di sebuah bandar kecil di China hari ini selepas satu kes COVID dikesan, ketika strategi ketat Beijing dilihat tidak menunjukkan tanda-tanda akan dilonggarkan.

    China merupakan negara ekonomi utama terakhir yang masih mengekalkan dasar sifar COVID, mengawal penularan dengan mengenakan perintah berkurung, melaksanakan kuarantin dan sekatan perjalanan meskipun orang ramai merungut dan menjejaskan ekonomi.

    Pihak berkuasa di beberapa buah wilayah mengenakan sekatan ketika mereka bergelut untuk membendung penularan baharu yang dipacu oleh varian Omicron yang mudah berjangkit.

    Selepas melaporkan jangkitan domestik baharu, hab pembuatan keluli di Wugang, wilayah Henan, pada Isnin mengumumkan ia akan mengenakan ‘penutupan’ tiga hari sebagai tindak balas terhadap ‘keperluan untuk mencegah penyakit’, menurut notis rasmi.

    Tiada sesiapa daripada 320,000 penduduk bandar itu dibenarkan untuk keluar dari kediaman mereka sehingga Khamis, menurut notis tersebut, menambah keperluan asasi akan dihantar oleh pihak berkuasa tempatan.

    Penduduk tidak dibenarkan untuk menggunakan kereta mereka tanpa kebenaran dan mesti mendapatkan kebenaran rasmi untuk membuat perjalanan mengikut ‘syarat tertentu’ sekiranya berlaku kecemasan, menurut notis itu lagi. – AFP

    Seorang petugas kesihatan menjalankan ujian saringan ke atas penduduk di Beijing pada 7 Julai. Ratusan ribu penduduk diarah untuk terus berada di rumah di sebuah bandar kecil di China selepas satu kes COVID dikesan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda