Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanya satu kes aktif COVID-19 masih dirawat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Tiada kes jangkitan baharu COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal pada 148 orang dengan satu kes aktif sedang dirawat dan jumlah kes yang sembuh seramai 144 orang serta tiga kematian.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei iaitu 177 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah tujuh kes.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, seramai 288 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 7,515 orang.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 134 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 68,870 ujian.

    Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda