SYDNEY, 2011 – Budak lelaki berumur 12 tahun yang hanyut sejauh 80 meter dalam longkang bawah tanah berkata dia menyangka akan lemas sebelum timbul semula di belakang sebuah restoran makanan Cina.
Daniel Soumastre Sepulveda sedang berdiri di tebing longkang yang dipenuhi air bersama seorang rakan sambil membaling batu dan daun ke dalam longkang berkenaan untuk melihat sederas mana ia dihanyutkan, apabila dia tiba-tiba tergelincir ke dalam longkang berkenaan.
“Saya rasa seperti akan lemas,” katanya. “Terowong longkang itu begitu gelap.
“Saya terfikir akan jatuh ke dalam sebuah kolam yang lebih besar, tetapi kemudian saya nampak cahaya cerah lalu ditolak keluar,” katanya kepada Newcastle Herald.
Murid sekolah itu dihanyutkan sejauh 80 meter sebelum timbul semual di belakang sebuah restoran makanan Cina berhampiran rumahnya di Cardiff, Newcastle, di utara Sydney.