Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hanzalah Ibn Abi Amir juara Piala Liga Futsal PDI

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Pasukan Hanzalah Ibn Abi Amir (PDI C) muncul juara dengan memperoleh 15 mata di Piala Liga Kejohanan Futsal yang diadakan kelmarin sempena Jubli Delima Pusat Dakwah Islamiah 1447H.

    Manakala Naib juara disandang oleh pasukan Abdurrahman Ibn ‘Auf (Belait) yang mengutip 14 mata, dan pasukan Salman Al-Farisi (PDI A) berada di tempat ketiga dengan 11 mata.

    Sementara itu, bagi perlawanan akhir Piala FA pula, pasukan Abdurrahman Ibn ‘Auf (Belait) telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh pasukan Nuayman Ibn Amr (Tutong) selaku naib juara.

    Gambar-gambar suasana Pengarah Pusat Dakwah Islamiah Awang Haji Abd Rajid menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan. – GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU

    Hadir selaku tetamu kehormat di kejohanan itu, Pengarah Pusat Dakwah IslamiahAwang Haji Abd Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Kejohanan tersebut merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Penubuhan Pusat Dakwah Islamiah yang melibatkan penyertaan pegawai serta kakitangan Pusat Dakwah Islamiah bersama para Mualaf dari seluruh negara.

    Penganjurannya menjadi platform inklusif dalam memperkukuh perpaduan dan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti sukan di samping menggalakkan gaya hidup sihat serta semangat kesukanan dalam kalangan warga jabatan dan para Mualaf.

    Melalui penganjuran ini, diharap dapat mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal untuk diketengahkan bagi mewakili jabatan dan kementerian dalam kejohanan akan datang.

    GAMBAR SERAHAN PDI, KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda