Wednesday, November 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Happy Asmara pernah diganggu ketika membuat persembahan pentas

    Penyanyi dangdut Happy Asmara mendedahkan dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual lelaki miang ketika membuat persembahan pentas.

    Kata Happy, lelaki berkenaan yang ketika itu dalam keadaan mabuk mencium dan memegangnya sehingga membuatkan dia berasa tidak selesa.

    Bagi mengaburi perbuatannya itu, lelaki itu turut berjanji mahu memberikan sebuah kereta dan motosikal sekiranya dia mengikuti kehendaknya.

     “Dia rapat, cium dan pegang saya.

    “Dia janji akan memberikan kereta atau motosikal sekiranya yang mengikut katanya,” ujarnya memetik saluran YouTube ANTV.

    Happy berkata ketika itu dia masih berusia belasan tahun dan dijemput sebagai penyanyi di sebuah acara dikendalikan oleh Inul Dartista dan Indra Herlambang.

    Malah dia juga mengambil masa yang lama untuk kembali membuat persembahan selepas kejadian tersebut.

    “Mungkin dia fikir penyanyi dangdut mudah dibuat sebegitu, tapi dia tak tahu setiap orang itu berlainan,” luahnya. – mStar

     

    Happy kembali menyanyi selepas trauma mula menghilang. – Wallpapercave
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda