Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haqiem enggan ulas kritikan warganet

    Keputusan isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menanggalkan hijab sekitar April lalu memberi tamparan hebat kepada penyanyi popular itu.

    Apa tidaknya, Haqiem sentiasa dihujani pelbagai kritikan membabitkan keputusan yang diambil isterinya itu.

    Malah, ada yang menyifatkan Haqiem tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami, termasuk melemparkan pelbagai kecaman kepada Anis.

    Bagaimanapun, pelantun lagu Tergantung Sepi itu memilih untuk tidak memberi sebarang respons berhubung kritikan sering diterima.

    Haqiem berkata dia boleh terima jika nasihat warganet baik dan betul.

    Haqiem sentiasa dihujani pelbagai kritikan membabitkan keputusan yang diambil isterinya itu. – BHarian

    “Tetapi, bukan dengan cara maki hamun dalam media sosial. Ini kerana dalam hidup, kita kena ada adab walaupun mahu memberikan nasihat.

    “Saya tidak marah warganet mengecam isteri, mereka boleh cakap apa sahaja, tetapi janganlah bercakap buruk depan saya.

    “Saya memang mahu berdiam diri. Jika saya memberikan respons terhadap komen warganet, keadaan akan jadi lebih keruh.

    “Jadi, lebih baik saya tutup mulut kerana jika respons sedikit pun, isu ini akan menjadi lebih besar,” katanya kepada BH Online.

    Mengulas keadaan isterinya selepas teruk dikecam, Haqiem berkata, dia sudah berpesan kepada isteri untuk bersedia dengan segala kecaman apabila berkahwin dengannya.

    “Dia juga sudah bersedia dengan perkara itu. Tetapi, saya tahu dia juga profesional dan terima nasihat yang baik.

    “Sebagai manusia, doakan yang terbaik untuk kami. Saya percaya sebagai seorang selebriti, privasi untuk kami mungkin sudah tiada.

    “Warganet yang bercakap mengenai kami mungkin aib mereka sedang ditutup oleh Tuhan. Tetapi, saya ini selebriti, jadi lebih terbuka,” katanya.

    Terdahulu, selain mengundang kecaman kerana menanggalkan hijab, Anis Sofea turut menerima kritikan apabila mengakui wajahnya persis ahli K-Pop popular, Rose Blackpink.

    Haqiem berkahwin dengan Anis Sofea pada majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya pada 19 November 2021. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda