Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli yang selama ini mengangkat genre punk rock ingin mencabar dirinya keluar dari kepompong dengan produk berbeza melalui single baharu, Bangkit.
Single tersebut bakal dilancarkan pada bulan depan, Haqiem berkata, single itu membuktikan dirinya enggan statik, sebaliknya terus berevolusi dalam berkarya.
“Saya cuba membuat pembaharuan dengan menyanyikan lagu genre ‘indie’. Ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Saya sebenarnya cuba melakukan eksprerimen.
“Jadi, tidaklah asyik lagu cinta. Saya anggap ini sebahagian daripada proses kematangan diri dalam arena muzik,” katanya kepada media.
Haqiem yang merangkul dua trofi kategori online dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 iaitu Artis Sensasi Popular dan Lagu Paling Boom berkata, Bangkit dirakamkan pada bulan Mei yang lalu.
“Saya baru menyiapkan video muzik Bangkit yang saya anggap hadiah buat peminat,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai lagu itu, Haqiem berkata, Bangkit menyelitkan sedikit kisah hidupnya.
“Lagu ini memberi semangat kepada insan yang cepat mengalah dan berputus asa. – Agensi
