Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Haqiem Rusli seronok sambut Ramadan pertama sebagai suami

    Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami, penyanyi Haqiem Rusli mengakui teruja kerana dapat menunaikan ibadah puasa bersama isteri tercinta iaitu Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

    Menurut Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, dia melalui pengalaman cukup berbeza kerana kali ini dia berpeluang berbuka puasa bersama keluarga dan juga mentuanya. Bukan itu sahaja, penyanyi berusia 23 tahun itu juga berkata dia seronok kerana dapat meluangkan masa bersama isteri dengan melakukan aktiviti memasak.

    “Pengalaman menyambut bulan Ramadan selepas bergelar suami adalah satu perasaan luar biasa dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apa yang saya alami ini membuatkan rasa sangat bahagia.

    “Dahulu saya berbuka dengan keluarga, namun kini pengalaman itu dilalui dengan isteri pula. Malah, kami juga turut mengambil peluang ini untuk berbuka bersama keluarga masing-masing.

    “Ada kalanya saya memasak, ada masanya isteri dan ada ketikanya kami memasak sama-sama. Jika malas masak, kita makan di luar sahajalah. Puasa sebagai suami memang berbeza berbanding ketika bujang dulu,” katanya kepada mStar. – Agensi

    Haqiem kongsi pengalaman berpuasa bersama isteri. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...