Semenjak namanya dikaitkan sebagai punca keretakan hubungan pasangan dari Korea, Ryu Jun Yeol dan Hyeri, apa sahaja yang dilakukan aktres Han So Hee pasti ada tidak kena di mata warganet.
Memetik laporan mStar, kemunculan So Hee di sebuah pertunjukan fesyen di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini juga turut menerima tempias apabila ramai mengutuk penampilannya.
Gaun berwarna hijau koleksi Dioliviera Dior yang direka khas oleh pengarah kreatif jenama tersebut iaitu Maria Grazia Chiuri dianggap tidak kena dengannya.
Ia susulan gaun berkenaan terbelah di bahagian belakang sekali gus menampakkan tatu bercorak bunga di badannya.
Warganet mengutuk tatu yang dicacah So Hee kelihatan murah dan tidak mempunyai cita rasa walaupun dia seorang bintang popular.
Malah tatu yang terdedah itu dilihat tidak sesuai dengan acara berprestij dan pakaian dikenakan So Hee namun tetap memuji kecantikan aktres berkenaan.
“Kita tak boleh kutuk wajahnya tapi tatu di belakang badannya nampak murah!
“Penampilan So Hee selalu tak kena dengan majlis. Harap muka sahaja cantik,” antara komen warganet. – Agensi