RIYADH – Beberapa suku kawasan Riyadh, sekumpulan kecil pelancong dari Poland sedang berjalan menelusuri kawasan batu bata Masmak Fort sekali gus mencipta sejarah sebagai kumpulan pelancong asing pertama berkunjung ke Arab Saudi semenjak ia dibukakan untuk pelancong antarabangsa.
Di dalam bangunan istana abad ke-19 itu, jurupandu pelancong dari Arab, memakai jubah dishdasha berwarna putih, menggambarkan budaya masyarakat ultra-konservatif negara tersebut.
“Sebelum datang ke sini, saya khuatir baju apa yang harus dipakai, berikutan budaya masyarakat tempatan dan peraturan yang ketat, tetapi kami sangat terkejut,” kata Sophia, yang memakai pakaian jubah tetapi bukan jubah hitam ‘abaya’ yang masih digunakan penduduk tempatan sehingga ke hari ini.
“Adalah mustahak untuk kita mengambil kira tradisi setiap negara,” kata suaminya, Andrzej, seorang doktor yang memakai baju dan seluar jeans.
Bagi pelancong dari Poland itu, halangan utama bagi mereka untuk ke Arab Saudi adalah untuk mendapatkan visa yang mereka cari semenjak dua tahun yang lalu.



“Apabila kami mempunyai pilihan antara Qatar, di mana kami tidak memerlukan vida dan Arab Saudi, kami akan memilih Qatar,” kata Andrzej, sambil merujuk kepada negara jiran yang kini berada di bawah sekatan yang diketuai oleh Arab Saudi.
Tetapi pelancong dari Poland itu akhirnya berjaya memasuki Arab Saudi berikutan keputusan penting yang telah digubal bulan lepas untuk menawarkan visa kepada pelancong – peraturan santai yang mengawal ketat kemasukan pengunjung atas dasar bisnes dan jemaah haji.
Penduduk dari 49 buah negara kini layak untuk mendapatkan e-visa atau visa dalam Online semasa ketibaan. Bagi menarik pelancong, pihak berkuasa mengumumkan bahawa mereka turut membenarkan pasangan asing yang belum berkahwin untuk menyewa bilik hotel bersama dan wanita asing tidak diwajibkan untuk memakai abaya di mana masih lagi wajib bagi kaum wanita Arab Saudi.
Methaab Abdallah, jurupandu pelancong mempunyai agensi pelancongan sejak dua dekad lalu. Dia mengalu-alukan pembaharuan tersebut akan tetapi masih mengikuti peraturan-peraturan yang dibuat oleh pihak kerajaan.
“Pihak berkuasa cuba bergerak jauh dan cepat dengan sumber yang lebih besar, justeru, kita mesti menyesuaikan diri dengan perubahan yang pesat ini, akan tetapi kita tidak boleh bergerak dengan sepentas itu,” tambahnya.
Wawasan pembaharuan
Membangunkan industri pelancongan merupakan tonggak utama program pembaharuan wawasan Putera Mahmud Mohammed bin Salman yang bertujuan menyediakan ekonomi terbesar di dunia Arab, yang bergantung kepada sumber minyak demi masa depan ekonomi yang pelbagai. Kempen promosi Glitzy memberi tumpuan kepada tapak-tapak purba serta padang pasir dan landskap pantai yang menakjubkan.
Akan tetapi pihak berkuasa juga melabur di beberapa buah bandar besar seperti bandar raya Riyadh dan pelabuhan Laut Merah di barat Jeddah yang memainkan peranannya menerusi pelaburan berskala besar dalam bidang hiburan.
Berikutan usaha tersebut, Riyadh – rumah kepada tujuh juta penduduk, termasuk dua juta penduduk asing – mempunyai ‘udara tidur’ kerana kekurangan glamor. Dengan laluan pejalan kaki yang dibesarkan dan kedai-kedai mewah, Al-Tahlia Street di pusat Riyadh sering dibandingkan dengan Champs-Elysees. Ia sedikit menyerupai seperti rakan sejawatannya yang terkenal di Paris.
Lazimnya pada hujung minggu, hanya beberapa keluarga atau kumpulan kawan-kawan akan ditemui duduk di kawasan balkoni restoran. Perbualan mereka adalah tenang dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muzik tidak dimainkan di dalam tempat ruang makan. Manakala di tengah-tengah jalan raya, dipenuhi dengan pembinaan sistem metro pertama di bandar tersebut, papan tanda bercahaya dengan perkataan menarik tertulis ‘Soho Club’.
Kedengaran bunyi muzik di dalamnya, penjaga pintu, memakai blazer dan earpiece, menyambut tetamu sambil memberikan senyuman dan amaran.
“Ini adalah kelab yang dihormati, di dalamnya adalah dikawal di mana orang ramai menikmati makanan serta dikelilingi dengan perhiasan yang selesa dan mengasyikkan seperti kelab Inggeris pada waktu malam,” kata penjaga pintu itu.
“Kami mengalu-alukan pelancongan tetapi orang asing perlu menghormati tradisi dan adat istiadat di sini seperti pakaian dan kelakuan,” kata seorang lelaki dengan tegas kepada media.
Kenapa orang asing datang?
Negara konservatif tersebut melarang sama sekali alkohol dan terkenal disebabkan pengasingan jantina, berkemungkinan bukan destinasi pilihan bagi kebanyakan pelancongan global.
“Saya bercakap dengan saya tentang Riyadh, saya baharu pulang berhujung minggu di Dubai,” kata jurujual telekom berusia 27 tahun, yang meminta namanya tidak disiarkan.
Putera Muhammed berusaha menghindari imej ultra-konservatif negaranya itu – membubarkan larangan panggung wayang dan pemandu wanita serta membolehkan persembahan konsert serta sukan-sukan mewah. Namun negara tersebut perlu menyeimbangkan pembaharuannya dengan pembaharuan infrastrukturnya seperti jalan raya dan hotel, kata Perunding Perancangan Ekonomi, Abdullah Al-Fayez.
Berikutan perubahan yang pesat itu, pihak kerajaan juga perlu meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk Arab Saudi akan kepentingan industri pelancongan dalam meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan, katanya.
“Ia merupakan percubaan berani tetapi sukar meramalkan masalah yang mungkin dibangkitkan oleh masyarakat Arab dan nilai-nilai konservatif serta radikal.” – AFP