LONDON, 6 APRIL – Harapan samar Arsenal untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool hampir berakhir setelah seri 1-1 dengan Everton kelmarin.
Gol pembukaan Leandro Trossard untuk Gunners ditandingi penalti Iliman Ndiaye menjadikan meninggalkan Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool.
Dengan hanya dua kemenangan dalam enam perlawanan liga terakhir mereka, Arsenal telah menyerah kalah dalam perebutan kejuaraan dan ditakdirkan hadapi setahun lagi tanpa mahkota Inggeris pertama sejak 2004.
Bos Arsenal, Mikel Arteta berkata persiapan terbaik pasukannya untuk perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid ialah untuk menang di Goodison Park.
Tetapi pemain Sepanyol itu merasa sedikit bimbang dengan kunjungan juara Eropah itu dengan pemilihan pasukannya.
Bukayo Saka terpaksa menunggu beraksi kembali sejak Disember kerana direhatkan bersama Martin Odegaard, Gabriel Martinelli, Jurrien Timber dan Thomas Partey.
“Ini adalah perlawanan yang sangat sukar (apabila menghadapi) pasukan yang sangat fizikal dan bermain secara terus. Jika awda tidak menanganinya, sukar untuk mendapatkan momentum. Permulaan separuh masa kedua sangat teruk,” kata Arteta.
Barisan lemah Arsenal meledak terlebih dahulu pada minit ke-34 apabila Raheem Sterling menghantar kepada Trossard dan rembatan rendahnya mengejutkan penjaga gol Everton, Jordan Pickford sebelum meluncur masuk ke gawang.
Everton yang tidak dapat menghalang kemaraan Liverpool apabila mereka tewas 1-0 dalam perlawanan derby Merseyside di Anfield yang lalu.
Anak buah David Moyes membantu musuh ketat mereka (Liverpool) apabila mereka menyamakan kedudukan dengan Arsenal pada minit ke-49.
Myles Lewis-Skelly dihukum setelah mengasari Jack Harrison dan Ndiaye menyempurkan sepakan penalti empat minit memasuki babak kedua menjadikan saingan Arsenal memburu kejuaraan semakin malap. – AFP
