Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan Arsenal rangkul kejuaraan punah, dibenam Brighton 3-0

    LONDON, 15 MEI – Harapan Arsenal untuk merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris semakin tipis setelah dibenam 3-0 oleh Brighton, semalam.      

    Gol separuh masa kedua daripada Julio Enciso, Deniz Undav dan Pervis Estupinan memberikan kekalahan kepada pasukan Mikel Arteta, yang pernah menjadi pendahulu liga, di Stadium Emirates.

    Dengan kekalahan tersebut bermakna Manchester City, yang menewaskan Everton 3-0 pada awal malam kelmarin, boleh dinobatkan sebagai juara jika mereka menang menentang Chelsea pada Ahad depan. – AP

    Pemain-pemain Brighton meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Arsenal dan Brighton, semalam.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda