Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan bina litar F1 Rio berdepan rintangan

    RIO DE JANEIRO, 28 OKT – Harapan untuk membina litar perlumbaan bermotor Formula Satu (F1) di hutan tropika di Rio de Janeiro berdepan kesukaran selepas satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan terdapatnya ‘kesalahan’ dan ‘pencemaran’.

    Walau bagaimanapun, laporan oleh agensi perlindungan alam sekitar negara INEA mengatakan bahawa mungkin untuk membina litar lumba di tempat lain memperlihatkan ciri-ciri ekologi yang kurang kompleks, dengan sedikit kesan terhadap biodiversiti.”

    Laporan tersebut adalah penting bagi pihak berkuasa yang harus memutuskan apakah akan memberikan lesen alam sekitar kepada Rio Motorsports, syarikat pelaburan yang berharap dapat membangun litar lumba tersebut.

    Lesen alam sekitar adalah rintangan terakhir yang mungkin menjadi peng-halang permulaan projek yang mendapat sokongan Datuk Bandar Rio, Marcelo Crivella dan Presiden berhaluan kanan Jair Bolsonaro, tetapi telah ditentang oleh juara dunia enam kali, Lewis Hamilton.

    Laporan tersebut menyatakan ‘banyak kesalahan atau pencemaran dalam kajian persekitaran telah menimbulkan ketidakpastian mengenai kesan persekitaran’ dari projek itu, yang juga menghadapi tentangan dari ahli ekologi.

    Rio Motorsports enggan memberi komen kepada AFP mengenai laporan itu sebelum proses selesai.

    Menurut kolektif alam sekitar SOS Floresta Camboata, projek itu memerlukan hampir 180,000 pokok di hutan tropikal untuk ditebang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda