LONDON, 3 Feb – Arsenal dilihat akan mengetepikan kemunculan semula keraguan mengenai kecekalan mental mereka apabila mereka berkunjung ke pendahulu Liga Perdana, Chelsea, esok.
Chelsea melepaskan beberapa mata bagi kali kedua dalam 17 perlawanan dalam keputusan seri 1-1 menentang Liverpool, tetapi Arsenal tidak dapat mengambil kesempatan itu apabila mereka tewas 2-1 di gelanggang sendiri ketika menentang Watford.
Ia bermakna jurang di antara kedua buah pasukan itu masih lagi sembilan mata dan jika Arsenal tewas sekali lagi di Stamford Bridge, ia adalah satu lagi penamat lebih awal kepada cabaran gelaran.
“Apabila anda beraksi di tangga teratas liga seperti itu, ia adalah yang paling mengecewakan,” kata pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger selepas kekalahan kepada Watford.
“Ia begitu membimbangkan cara kami beraksi pada separuh masa pertama. Sudah tentu kami mahu memberikan respons menentang Chelsea.
“Apabila anda tewas dalam perlawanan itu, anda mahu memberikan respons dengan segera dan kami perlu menganalisis apa yang berlaku dan memberikan respons secepatnya esok dalam keadaan meyakinkan.”
Kekalahan kepada Watford, yang menjaringkan dua gol dalam 13 minit awal, adalah yang keempat dalam kempen Arsenal dan menghalang kebangkitan yang menyaksikan mereka mendapat 13 daripada kemungkinan 15 mata.
Musim Arsenal terjejas ke dalam kedudukan yang dikenali dan jika mereka mahu menghindarkan kempen lain dalam persaingan bagi kelayakan Liga Juara-Juara, menewaskan Chelsea adalah tempat yang bagus untuk bermula.
Mereka sudah mengalahkan pasukan kendalian Antonio Conte sekali musim ini, tetapi ia adalah untuk membuktikan faktor pemangkin untuk melonjak ke kedudukan teratas bagi pasukan yang ditewaskan, berbanding kejayaan.
Ia adalah di minit ke-55 kekalahan 3-0 Chelsea di Stadium Emirates pada 24 September lalu di mana Conte menukar sistem 3-4-3 yang membangkitkan semula pasukannya musim ini. – AFP