MILAN, 7 FEB – Lazio terikat seri 1-1 menentang Hellas Verona yang diancam penyingkiran semalam untuk membantutkan harapan mereka mengukuhkan kedudukan empat teratas Serie A dalam persaingan sengit untuk tempat Liga Juara-Juara.
Cyril Ngonge menjaringkan gol sulungnya untuk Verona dalam permulaan pertamanya sejak menyertai pasukan itu bulan lalu, dan menyamakan kedudukan selepas Pedro membuka jaringan.
Lazio hanya satu mata di depan Atalanta dan AC Milan, yang kedua-duanya tewas pada hujung minggu. Mereka ketinggalan satu mata di belakang Roma dan empat mata di belakang pasukan tangga kedua, Inter Milan.
Verona ketika ini kurang empat mata dari zon keselamatan.
Lazio berharap untuk naik ke tangga ketiga dalam Serie A.

Mereka bermain dengan cara yang menakjubkan pada separuh masa. Pedro bermain satu-dua dengan Danilo Cataldi, kemudian menjaringkan gol menarik dengan melencongkan bola menuju ke sudut kiri atas gawang.
Verona menyamakan kedudukan enam minit selepas rehat apabila Darko Lazovic menghantar bola melalui sepakan percuma yang kemudian ditanduk oleh Ngonge terus ke gawang.
Selepas menjaringkan gol penyamaan, Lazovic hampir mengubah keadaan dua minit kemudian, tetapi rembatan kencangnya terkena tiang kanan.
Sementara itu, Monza seri 2-2 di Sampdoria selepas menjaringkan gol pada minit akhir menerusi penalti.
Sampdoria menyangka mereka akan meraih kemenangan pertama sejak awal tahun ini selepas Manolo Gabbiadini menjaringkan gol pada separuh masa.
Bagaimanapun, pada masa tambahan, Nicola Murru dijatukan oleh Andrea Petagna dan Matteo Pessina menyempurnakan sepakan penalti sembilan minit sebelum masa tambahan.
Petagna menjaringkan gol penyamaan pertama untuk Monza pada minit ke-32.
Sampdoria berada di tempat kedua tercorot, lapan mata dari kedudukan selamat.
Sampdoria tewas lima perlawanan sebelum ini tanpa menjaringkan gol. – AP