Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Harapan Rangers beraksi di UCL berdepan masalah

    PARIS, 3 OGOS – Harapan Rangers untuk kembali beraksi di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara berdepan dengan masalah selepas kelab gergasi Glasgow itu ditundukkan 2-0 di laman lawan ke atas Union Saint-Gilloise dari Belgium dalam pusingan pertama pertemuan peringkat kelayakan.

    Pemain kebangsaan Malta, Teddy Teuma meletakkan pasukan Belgium itu di hadapan sebelum setengah jam perlawanan berjalan, dan Union Saint-Gilloise meraih gol kedua ketika pertemuan berbaki 14 minit.

    Connor Goldson dihukum kerana menyentuh bola di kawasan penalti selepas tinjauan VAR dan Dante Vanzeir tidak mensia-siakan peluang menyempurnakan sepakan penalti.

    Ia adalah keputusan yang sangat luar biasa untuk kelab Belgium itu, yang kembali bersaing di liga utama Belgium musim lalu selepas tersingkir selama hampir setengah abad dan berjaya menamatkan di tangga kedua di bawah pemilikan usahawan dari Britain, Tony Bloom.

    Union Saint-Gilloise tidak dapat menganjurkan perlawanan menentang Rangers di laman sendiri, perlawanan terpaksa dilangsungkan di bandar berhampiran, Leuven, tetapi ia terbukti tidak menjadi penghalang untuk Union.

    Pasukan bimbingan Giovanni van Bronkhorst, Rangers, akan berdepan cabaran besar dalam perlawanan timbal balik pada Selasa depan.

    “Keputusan yang sangat mengecewakan, terutama apabila kita tidak beraksi di tahap kebiasaan dan kami perlu bersaing di peringkat ini,” kata Van Bronkhorst kepada BBC. – AFP

    Aksi Dante Vanzeir mengawal bola daripada dirampas pemain lawan, Glen Kamara semasa pertemuan pusingan pertama peringkat kelayakan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...