NAKURU – Ephraim Maina, seorang penanam kubis daun telah menjual beberapa bungkus sayur hijau dengan harga AS$0.50 semasa kekurangan bekalan di musim kemarau dari bulan November sehingga awal bulan April.
Ladang petani yang berskala kecil itu terletak di kawasan Nakuru, menjual dengan kuantiti yang sama untuk 0.1 dolar selepas musim hujan dan pasar itu sudah dipenuhi dengan stok yang mencukupi.
“Jika anda membelinya pada 0.1 dolar, anda tidak meraih keuntungan, anda hanya memberikannya selain dibuang begitu sahaja. Tetapi saya akan mengekalkan keuntungan yang sama atau menambahnya jika menaikkan harganya dan eksport ke negara lain seperti Belanda atau China, ” kata Maina.
Jika hujan telah reda, dia akan mengambil kubis hijau itu dan memprosesnya, menyimpannya dan menjualnya dengan harga yang berpatutan, terutama semasa kemarau apabila sayur-sayuran itu menjadi kepentingan, kata petani yang berusia 50an itu.
“Kerajaan kami boleh mengajak pakar China untuk melatih petani-petani di Kenya di kawasan luar bandar kerana China mempunyai teknologi dan membuat kajian dalam pengeluaran makanan dan melalui para saintis, kami boleh akses ke pasaran China,” tambahnya lagi.

Sharon Cheruto, yang mempelajari menanam ubi kentang di kawasan Nakuru sejak empat tahun lalu telah mengongsi beban yang sama dalam menjual produk dengan kerugian semasa musim bekalan yang tinggi.
“Para broker telah membeli 120 kilogram ubi kentang untuk lapan dolar ketika ramai petani telah menuai pada masa yang sama dan mereka mempunyai pilihan untuk membelinya daripada para penjual. Mereka menetapkan harga dan anda tidak mempunyai kuasa tawar-menawar. Anda terpaksa menjual dengan harga yang rugi atau rugi sepenuhnya dengan tiada mendapat apa-apa.
Salah seorang petani mengatakan bahawa beliau berkeinginan untuk mempelajari teknik dan maklumat dalam cara meningkatkan pendapatannya melalui menambah nilai ubi kentang selain menjualnya secara mentah.
“Pihak kerajaan akan berusaha untuk membantu para petani seperti saya untuk meraih keuntungan daripada ladang kami. Kami mendengarnya melalui radio, pihak kerajaan menyuruh para petani untuk menambah nilai pengeluaran mereka untuk mendapatkan keuntungan yang baik sepanjang tahun, namun bagaimana kamu harus lakukannya jika kami tiada teknik dan maklumat untuk membuatnya?” kata Cheruto.
Para pakar telah melihat ramai petani di Kenya berhadapan dengan masalah kemiskinan kerana mereka tidak mampu untuk mendapat pulangan yang baik sejak mereka menjual pengeluaran yang mentah.
“Contohnya, petani boleh menuai semua kubis hijau ketika kubis di pasar masih mencukupi dan memprosesnya untuk dijual semasa musim yang baik selain daripada menjualnya dalam harga yang rugi, Ia bukan sahaja mengenai kehilangan pendapatan tetapi kehilangan input akaun untuk penggunaan baja, racun perosak dan buruh,” kata Kennedy Sigei, seorang ahli ekonomi pertanian.
Kerajaan Kenya menjangkakan peningkatan pengeluaran pertanian dan pendapatan petani melalui memproses pengeluaran ladang untuk tempatan dan pengeksportan pasar.
Hasrat ini diserlahkan dalam transformasi sektor 2019 hingga 2029 dalam pertanian dan pertumbuhan strategi (ASTGS) oleh Kementerian Pertanian, Ternakan, Perikanan dan Pengairan di mana rancangan kerajaan untuk menubuhkan enam agro-proses untuk membantu para petani menambah nilai kepada hasil mereka. – Xinhua