Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harapan tipis selamatkan paus beluga

    RENNES, PERANCIS, 7 OGOS – Harapan untuk menyelamatkan seekor ikan paus beluga yang berenang ke sungai Seine semakin tipis hari ini, namun anggota menyelamat berkata mereka tidak menimbang ‘eutanasia’ untuk masa sekarang.

    Ikan paus itu pertama kelihatan pada Selasa di sungai yang merentangi Paris hingga Selat Inggeris. Sejak Jumaat, ia berada di antara dua terusan kira-kira 70 kilometer ke utara ibu negara Perancis.

    Namun meninggalkan beluga dalam perairan panas di antara pintu terusan bukan lagi satu pilihan.

    “Ikan itu perlu dipindahkan dalam tempoh 24 hingga 48 jam, keadaan perairan berkenaan tidak bagus untuknya,” beritahu ketua Sea Shepherd Perancis Lamya Essemlali kepada AFP.

    Pakar tidak menaruh ‘harapan’ terhadap ikan paus yang kebuluran itu. “Kami ragu-ragu mengenai keupayaannya untuk kembali ke laut,” katanya. “Walaupun jika kami ‘mendorongnya’ dengan bot, ia adalah amat berisiko dan mustahil”.

    Ikan paus itu masih mempunyai ‘tenaga, menoleh kepalanya, bertindak balas terhadap rangsangan, kata beliau selepas bertemu dengan pakar dan pegawai Perancis.

    Paus itu enggan memakan ikan hering beku dan trout yang diberikan.

    Satu lagi pilihan adalah membawanya keluar dari air, memberinya vitamin, memeriksa punca penyakit dan membawanya keluar ke laut untuk diberi makan. – AFP

    Seekor ikan paus beluga kelihatan berenang di sungai Seine pada 5 Ogos 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda