Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harden teruskan aksi memberangsangkan

    LOS ANGELES, 30 Dis – James Harden mencatat 40 mata kali ketiga berturut-turut sekali gus membantu Houston Rockets membenam New Orleans Pelicans semalam dengan keputusan 108-104.

    Harden meraih 41 mata dan enam assist dalam perlawanan itu bagi menjadi pemain pertama sejak Oscar Robertson meraih sekurang-kurangnya 35 mata dan lima assist dalam tujuh perlawanan berturut-turut. Robertson melakukan dua kali pada 1965 dan 1967.

    Harden mencatat 17 mata pada suku pertama dan menyempurnakan kesemua humbanan percuma. Dia menyempurnakan tujuh daripada 16 cubaan di kawasan bulatan.

    Dalam pada itu, Harden meraih 26 mata pada separuh masa pertama tatkala Houston berada di depan dengan kedudukan 53-50 sebelum masa berehat.

    Bintang Pelicans, Anthony Davis bergelut selepas mencatat rekod tertinggi semusim dengan 48 mata ketika kemenangan ke atas Dallas dan hanya menyempurnakan lima cubaan dalam separuh masa pertama. Julius Randle menerajui Pelicans dengan 23 mata dan 11 rebounds. Davis berakhir dengan 22 mata.

    Houston berada di depan dengan kedudukan 77-76 selepas suku ketiga dan meraih tujuh mata pada suku keempat. Rockets terus melebarkan sayap dengan 101-86 dengan perlawanan berbaki enam minit tetapi Pelicans meledak 13-2 untuk mengurangkan defisit kepada 103-99.

    PC Tucker menyempurnakan dua humbanan percuma dengan perlawanan berbaki 12 saat pada suku keempat untuk melakar kemenangan.

    Harden akan mempunyai peluang untuk meraih 40 mata keempat berturut-turut apabila Rockets menerima kunjungan Memphis esok. – AFP

    Harden (tengah) diasak oleh dua pemain Pelicans ketika separuh masa kedua perlawanan semalam di New Orleans. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda