Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga ayam, telur dijangka diapungkan selepas Jun

    KUALA LUMPUR, 21 FEB – Harga ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Mohamad Sabu.

    Beliau berkata harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit semasa.

    “Kita yakin Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan mencukupkan permintaan ayam dan telur (melalui pengapungan harga) dan sekarang pun sudah mencukupi cuma lima atau enam bulan lagi ia akan lebih cukup jika tidak berlaku perkara baharu yang tidak diingini (seperti bencana),” katanya ketika ditemu bual di pejabatnya di sini.

    Januari lepas, Mohamad dilapor berkata MAFS sedang mengkaji keperluan mengapungkan harga telur di pasaran dan memberi subsidi bersasar kepada golongan B40 dan perkara ini melibatkan perbincangan dengan Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi serta KPDN. – Bernama

    Harga ayam, telur adalah berbeza-beza mengikut zon dan daerah. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda