Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Harga barangan global turun, gandum melonjak

-

PARIS, 3 JUN – Harga makanan dunia turun sedikit buat kali kedua berturut-turut pada bulan Mei tetapi harga gandum kembali meningkat ketika perang Rusia di Ukraine berlanjutan dan India mengharamkan eksport komoditi gandum, menurut agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menyebabkan harga makanan melonjak ke paras tertinggi pada Mac kerana kedua-dua buah negara itu merupakan pengeksport utama barangan pertanian, mencetuskan kebimbangan krisis kebuluran global.

Indeks harga makanan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB turun 0.6 peratus pada Mei dari April ketika harga produk tenusu dan minyak sayuran menurun. Walau bagaimanapun, harga masih kekal lebih tinggi iaitu 56.2 peratus berbanding setahun yang lalu. Sementara itu, harga gandum meningkat sebanyak 5.6 peratus pada Mei berbanding bulan sebelumnya.

“Peningkatan itu merupakan tindak balas kepada larangan eksport yang diumumkan oleh India dan kebimbangan mengenai keadaan tanaman di beberapa buah negara pengeksport terkemuka serta pengurangan prospek pengeluaran di Ukraine akibat perang,” menurut FAO.

Memetik inflasi dan keperluan keselamatan makanannya sendiri, India bulan lalu mengharamkan sebarang eksport gandum baharu tanpa kelulusan kerajaan selepas bulan Mac mencatatkan suhu paling panas – berpunca daripada perubahan iklim – sekali gus menjejaskan hasil tuaian. – AFP

Seorang lelaki melintas mural tanaman gandum di Chennai, India. Harga makanan dunia turun sedikit buat kali kedua berturut-turut pada bulan Mei tetapi harga gandum kembali meningkat ketika perang Rusia di Ukraine berlanjutan dan India mengharamkan eksport komoditi gandum. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -