JAKARTA, 26 FEB – Penuaian yang tertangguh dan bekalan yang semakin berkurangan menyebabkan harga beras premium melonjak ke paras tertinggi, kata Persatuan Pedagang Pasar Indonesia (IKAPPI). Harga purata di peringkat pengguna mencecah Rp 18,000 (AS$1.15) sekilogram pada hari Jumaat, peningkatan 20 peratus tahun ke tahun daripada Rp 14,000 sekilogram yang dicatatkan tahun lepas, kata IKAPPI

