Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga beras naik dua kali ganda di Jepun

    TOKYO, 18 APRIL – Harga beras di Jepun naik hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya, data rasmi menunjukkan hari ini, ketika inflasi utama meningkat pesat dalam ekonomi nombor empat dunia itu.

    Harga bijirin telah melonjak dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mendorong kerajaan Jepun untuk mengeluarkan beberapa simpanan kecemasannya di pasaran.

    Tidak termasuk makanan segar, harga pengguna meningkat 3.2 peratus pada Mac tahun ke tahun berbanding 3.0 peratus pada Februari lalu – sejajar dengan jangkaan pasaran.

    Tidak termasuk tenaga juga, harga naik 2.9 peratus bulan lepas, naik daripada 2.6 peratus pada Februari. Namun inflasi keseluruhan berkurangan kepada 3.6 peratus daripada 3.7 peratus.

    Data itu berkemungkinan mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Jepun akan menaikkan kadar faedah, dengan inflasi melepasi sasaran BoJ sebanyak dua peratus selama hampir tiga tahun. – AFP

    Gambar menunjukkan guni berisi stok beras kerajaan Jepun di sebuah gudang di wilayah Saitama, utara Tokyo. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda