Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga emas tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns

    MOSCOW, 17 JULAI – Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak AS$2,487.25 seauns hari ini menurut data dagangan.

    Penganalisis sedang memantau dengan teliti statistik Amerika Syarikat (AS) akan datang, yang sangat mempengaruhi harga emas.

    Setakat 8:10 GMT, kontrak hadapan emas Ogos di bursa New York Comex meningkat 0.52 peratus kepada AS$2,480.6 seauns, setelah mencapai puncak awal pada AS$2,487.25 seauns.

    Sementara itu, kontrak hadapan perak September menurun 0.92 peratus kepada US$31.17 seauns.

    Jabatan Perdagangan AS akan menerbitkan data mengenai bilangan bangunan baharu di negara itu. Jumlah rumah baharu yang memulakan pembinaan pada bulan Jun dijangka meningkat kepada 1.31 juta daripada 1.277 juta pada bulan Mei.

    Pada hari yang sama, Rizab Persekutuan AS akan menerbitkan Buku Beige, komen bulanan mengenai situasi ekonomi di negara itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda