Friday, April 11, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga kopi meningkat 60 peratus

    LONDON, 25 JULAI – Harga kopi meningkat minggu ini kepada tahap kemuncak, justeru melanjutkan pemerolehan kukuh pada tahun ini selepas fros merosakkan tanaman di negara pengeluar terbesar dunia Brazil.

    Harga niaga depan untuk kopi arabica, salah satu eksport komoditi teratas negara Amerika Selatan, meningkat kepada lebih AS$2 satu paun, tahap tertinggi dicatat sejak 2014.

    Komoditi itu telah meningkat sebanyak 60 peratus sejak Januari.

    Kopi bermutu lebih rendah robusta, kebanyakannya ditanam di Asia, melonjak kepada tahap kemuncak Oktober 2017 pada AS$1,993 satu tan, mencatat pemerolehan hampir 40 peratus setakat ini pada tahun ini.

    “Beberapa sebab menjelaskan pemerolehan besar untuk harga kopi,” beritahu penganalisis Rabobank Carlos Mera kepada AFP, memetik keadaan cuaca teruk di Brazil.

    Gambar fail menunjukkan seorang pekerja memegang biji kopi semasa pameran ‘Dunia Kopi’ di Nice, tenggara Perancis. Harga kopi melambung naik kepada tahap kemuncak, melanjutkan pemerolehan kukuh tahun ini. – AFP

    Mera turut menyalahkan kos pengangkutan yang meningkat serta pergolakan politik di negara pengeluar nombor tiga, Colombia.

    Brazil mengalami kemarau amat buruk pada awal tahun ini.

    Ia disusuli fros pada minggu ini di ladang utama di Minas Gerais, negeri tenggara yang mengeluarkan 70 peratus daripada kopi arabica negara.

    Kopi arabica paling teruk terjejas disebabkan tanaman itu mempunyai kitaran tanaman dua tahun sekali, di mana pengeluaran yang rendah setahun disusuli oleh pengeluaran luar biasa pada tahun berikutnya.

    Pada masa sama, permintaan kopi dunia sedang pulih pada tahun ini ketika ekonomi global dibuka semula akibat krisis koronavirus.

    Ia sekali gus telah merangsang permintaan untuk arabica yang cenderung digunakan di kedai kopi dan restoran, tidak seperti gred lebih rendah robusta yang dipilih untuk menghasilkan butir kopi segera. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda