MOSCOW, 1 DIS – Harga kopi mungkin meningkat sebanyak 25 peratus pada 2025, disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan dan akan memberi kesan kepada hasil tuaian di Brazil dan Vietnam, negara pengeluar utama kopi Arabica dan Robusta, kata Anton Trenin, seorang pakar di kumpulan penarafan korporat Agensi Penarafan Kredit Analitikal Rusia (ACRA), kepada RIA Novosti hari ini.
“Kopi tidak dihasilkan di Rusia dan produk ini sepenuhnya bergantung pada import… jika kita bercakap mengenai harga purata, keadaan ini kemungkinan tidak akan bertambah baik pada 2025, dan ia mungkin meningkat 20 ke 25 peratus lebih tinggi,” katanya.
Jumlah pengeluaran kopi di dunia dibahagikan kepada 70 peratus Arabica dan 30 peratus Robusta, kata Trenin.
“Brazil adalah pengeluar kopi terbesar di dunia dan memenuhi kira-kira satu pertiga daripada permintaan global untuk kopi Arabica.
“Masalah kemarau di Brazil terus memberi tekanan kepada pasaran… pada masa yang sama, taufan dan hujan yang jarang berlaku di Vietnam, pengeluar Robusta terbesar di dunia, juga dijangka mengurangkan hasil tuaian kopi,” kata pakar ACRA itu. – Bernama