Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Harga makanan di Sri Lanka semakin meruncing

    COLOMBO, 2 JAN – Harga makanan di Sri Lanka melonjak kepada kadar rekod 22.1 peratus pada Disember, menurut angka rasmi diterbitkan kelmarin, ketika negara itu bergelut untuk membayar barang import bagi menangani kekurangan bekalan penting.

    Jabatan banci dan statistik berkata inflasi makanan merekodkan jumlah tertinggi bulan lalu dari kadar tahun-ke-tahun sejak Indeks Harga Pengguna Colombo (CCPI) ditubuhkan pada 2013.

    Peningkatan harga pada Disember dibandingkan dengan angka 17.5 peratus pada November, rekod terdahulu, menurut kenyataan jabatan. Ia menambah inflasi keseluruhan turut mencatatkan rekod 12.01 peratus pada Disember, yang tertinggi sejak indeks CCPI ditubuhkan.

    Presiden Gotabaya Rajapaksa dalam ucapan Tahun Baharu meluahkan harapan untuk memulihkan ekonomi namun tidak mengumumkan langkah untuk menangani krisis pertukaran mata wang asing.

    “Saya yakin bahawa tahun baharu akan memberikan peluang untuk melangkah lebih ke hadapan bagi kerajaan untuk menangani cabaran dan mengukuhkan ekonomi,” katanya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...