Thursday, January 9, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga makanan kantin tidak sepadan dengan kuantiti

    Sebagai seorang ibu, saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan kantin di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Kilanas.

    Saya sangat kecewa dengan kuantiti makanan yang dijual kepada kanak-kanak sekolah.

    Sebagai contoh, makanan yang dijual dengan harga 50 sen hanya diberikan dalam kuantiti yang sangat sedikit.

    Lebih mengecewakan, makanan yang berharga $1 juga mempunyai kuantiti yang hampir sama seperti makanan 50 sen.

    Walaupun ada sesetengah murid membawa bekal makanan dari rumah, saya percaya bekalan tersebut sering habis pada waktu rehat sesi pagi.

    Gambar Freepik

    Bagi ibu bapa yang bekerja dan tidak dapat keluar menghantar makanan kepada anak-anak, satu-satunya pilihan mereka adalah memberikan wang belanja untuk membeli makanan di kantin sekolah.

    Namun, makanan yang dijual di kantin tidak begitu memuaskan dan tidak seperti yang diharapkan, harga mahal tidak setaraf kuantiti.

    Perbuatan itu bukan saja seolah-olah mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak yang tidak berdaya tetapi hanya tahu mengambil untung sahaja.

    Lebih menyedihkan, ramai murid yang masih kelaparan, terutamanya mereka yang perlu stayback menunggu sesi pembelajaran waktu petang.

    Situasi ini boleh mengganggu fokus dan tumpuan mereka semasa belajar.

    Saya berharap pihak kantin lebih peka terhadap kebajikan pelajar dan memberikan perhatian serius dengan menilai semula harga dan kuantiti makanan yang dijual agar lebih berpatutan.

    Inang

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda