Friday, November 15, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga makanan meningkat di Sweden

    STOCKHOLM, 7 MAC – Peningkatan harga makanan mencatatkan rekod tertinggi di Sweden terutamanya untuk produk makanan bayi, menurut satu tinjauan, lapor Xinhua.

    Tinjauan terhadap kira-kira 44,000 barangan itu mendapati harga makanan meningkat sebanyak 2.5 peratus pada Februari, peningkatan bulanan yang tertinggi sejak 2015, lapor agensi TT.

    Harga produk makanan bayi meningkat secara purata sebanyak 10.8 peratus daripada Januari.

    Hasil tinjauan juga turut menunjukkan harga makanan meningkat sebanyak 17.8 peratus dari tahun ke tahun pada Februari.

    Berikutan inflasi yang kian berleluasa, ramai rakyat Sweden sudah mula mengubah tabiat pembelian, lapor Televisyen Sweden (SVT) baru-baru ini.

    Arques berkata kira-kira 20 peratus daripada 3,100 pengguna mempunyai margin kewangan yang sangat tipis, menyebabkan peningkatan harga makanan menambahkan lagi beban kepada mereka.

    “Golongan paling terjejas ialah penganggur, pelajar, warga emas dengan pencen yang rendah dan ibu bapa tunggal terutamanya wanita,” kata Arques.

    Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Statistics Sweden pada Februari, inflasi 12 bulan yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (CPI) berada pada 11.7 peratus pada Januari. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda