Monday, February 24, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak catat peningkatan

    SINGAPURA, 7 Nov – Harga minyak mencatat pemerolehan pesat semalaman tatkala ketegangan geopolitik meningkat di antara Arab Saudi dan Iran, sekali gus mencetuskan kebimbangan konflik akan meletus yang mungkin menjejas bekalan daripada kedua-dua pengeluar utama itu.

    Namun harga merosot sedikit dalam perniagaan awal di Asia hari ini tatkala peniaga melibatkan diri dalam pemerolehan keuntungan selepas produk sampai tahap yang belum dilihat dalam dua tahun.

    “Ketegangan di antara Iran dan Arab Saudi nampaknya satu gangguan besar dengan pasaran bimbang bekalan mungkin diputuskan sekiranya konflik meletus,” kata Shane Chanel, penasihat ekuiti dan derivatif di Penasihat Kekayaan ASR di Sydney.

    Riyadh dan Tehran saling bertuduhan berhubung dengan pembabitan mereka di Yaman, di mana Arab Saudi yang diperintah oleh golongan Sunni dan Iran Syiah telah menyokong pihak bertentangan.

    Dalam pertengkaran terbaru, Arab Saudi berkata satu serangan peluru berpandu ke atas negara, didakwa dilakukan oleh pemberontak yang disokong Tehran, “mungkin bersamaan dengan tindakan perang.”

    Harga minyak mencatat pemerolehan pesat semalaman tatkala ketegangan geopolitik meningkat di antara Arab Saudi dan Iran, walau bagaimanapunharga merosot sedikit dalam perniagaan awal di Asia kelmarin. – AFP

    Sebaliknya, Tehran menuduh Riyadh melakukan jenayah perang di Yaman, menambah lagi ketegangan yang wujud.

    Namun penganalisis Chanel berkata tuduhan tidak mungkin berubah menjadi konflik.

    Pada kira-kira 0330 GMT, minyak AS West Texas Intermediate naik empat sen kepada AS$57.39 satu tong sementara minyak mentah Brent merosot lapan sen kepada AS$64.19 satu tong.

    Pada pertengahan penggal, harga mungkin terus naik dengan had maksimum ke atas bekalan pimpinan OPEC mungkin diteruskan sehingga 2018, kata Greg McKenna, ketua ahli strategi pasaran di AxiTrader.

    “Rusia telah menjadi penjana amat penting dalam penyatuan OPEC dengan bersetuju memain peranan, namun juga mengugut akan menambah pengeluaran jika perjanjian menemui kegagalan,” tambah McKenna. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda