Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Harga minyak jatuh, ekonomi China lembap

    LONDON, 15 OGOS – Harga minyak merosot lebih 5 peratus hari ini susulan peningkatan prospek pengembalian minyak Iran ke pasaran dan data yang menunjukkan pemulihan ekonomi China terbantut di bawah sekatan COVID-19 dan sektor hartanah yang merosot.

    Pasaran saham turun lebih rendah manakala dolar diniagakan bercampur-campur apabila pelabur mengalu-alukan tanda-tanda penurunan inflasi AS, yang bagaimanapun kekal pada paras tertinggi dalam masa beberapa dekad.

    “Ia merupakan permulaan minggu yang memberangsangkan dalam pasaran kewangan dengan keyakinan kekal para pelabur yang bertembung dengan realiti data ekonomi China,” kata penganalisis pasaran kanan OANDA, Craig Erlam.

    Bank pusat China mengurangkan kadar faedah utama dalam satu langkah mengejut semalam apabila beberapa data menunjukkan kelemahan dalam ekonomi kedua terbesar dunia itu.

    Angka itu menunjukkan pengeluaran perindustrian China dan pertumbuhan jualan runcit bagi Julai lebih rendah daripada yang diramalkan.

    Pengeluaran perindustrian meningkat 3.8 peratus tahun ke tahun, tetapi turun 3.9 peratus pada bulan Jun dan jauh di bawah ramalan penganalisis.

    “Risiko stagflasi dalam ekonomi dunia semakin meningkat dan asas bagi pemulihan ekonomi domestik masih belum kukuh,” tekan Biro Perangkaan Kebangsaan China. – AFP

    Gambar fail bertarikh 20 Julai menunjukkan pekerja kilang Oppo di Dongguan, China. Pengeluaran dan jualan runcit kilang di China meningkat pada Julai namun masih terbantut. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...