Saturday, May 10, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak mentah kembali menurun

    SINGAPURA, 30 Ogos – Harga minyak mentah menurun semula dalam per-niagaan Asia hari ini tatkala rantau pengeluaran minyak utama di AS berpulih daripada pemusnahan berpunca daripada ribut Harvey.

    Harvey melanda Texas pada Jumaat sebagai hurikan Kategori Empat, memusnahkan rumah dan perniagaan di Pantai Teluk, dan mencetuskan banjir besar.

    Ribut mengakibatkan penutupan banyak kilang penapis minyak, yang dikatakan oleh penganalisis akan membawa kepada simpanan stok minyak mentah yang lebih besar dan menyebabkan harga merosot.

    Dalam perniagaan pada awal tengah hari di Asia, minyak AS West Texas Inter-mediate merosot 14 sen pada $46.30 sementara minyak mentah Brent untuk Oktober merosot 21 sen kepada $51.79.

    “Kesan Hurikan Harvey adalah teruk di AS,” kata Sukrit Vijayakar, penganalisis dengan firma pakar runding minyak Trifecta.

    “Dari segi pasaran minyak, apa yang perlu dilihat adalah betapa cepat kapasiti kembali seperti sedia kala.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda