SINGAPURA, 28 APRIL – Minyak mentah pasaran Amerika Syarikat (AS) susut di bawah AS$11 setong hari ini selepas dana dagangan ekuiti (ETF) sudah mula menjual kontrak jangka pendek komoditi itu.
Ia sebagai tambahan kepada kebimbangan kekurangan permintaan dan tempat simpanan susulan peningkatan penularan COVID-19. Penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Jun susut 14.8 peratus kepada AS$10.88 setong dalam sesi dagangan Asia, sehari selepas merosot 25 peratus. Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent susut 4.4 peratus untuk diniagakan kepada AS$19.10 setong.
Harga susut dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas permintaan ke atas komoditi itu susut disebabkan perintah berkurung dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi menangani pandemik itu.
Minggu lalu, minyak AS susut di bawah paras sifar buat pertama kali selepas pelabur meningkatkan pengeluaran sebelum kontrak dagangan Mei berakhir tetapi gagal mendapatkan pembelinya. Kejatuhan terkini pula disebabkan oleh Dana Minyak AS, unit dagangan bursa diasaskan minyak terbesar berkata ia akan menjual semua pegangannya dalam kontrak WTI untuk penghantaran Jun.
Penganalisis berkata, langkah penyedia dana itu akan meletakkan tekanan kepada kontrak Jun.
Langkah itu akan meningkatkan kebimbangan berhubung stok simpanan main banyak dan apabila kontrak niaga hadapan tamat, pembeli mungkin memiliki ruang meletakkan harga yang dikehendaki. – AFP