Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga minyak mentah meningkat

    NEW YORK, 28 OKT – Harga minyak mentah terus mencatatkan peningkatan kelmarin, lapor Xinhua.

    West Texas Intermediate bagi penghantaran Disember meningkat AS$1.17 atau 1.3 peratus untuk ditutup pada AS$89.08 setong di New York Mercantile Exchange.

    Minyak mentah Brent untuk penghantaran Disember menokok AS$1.27 atau 1.3 peratus untuk ditutup pada AS$96.96 dolar setong di Bursa Hadapan ICE London.

    Harga sebahagiannya disokong oleh data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh berbanding jangkaan. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda