NEW YORK, 27 Mei – Harga minyak global merosot pada Jumaat selepas pengeluar Arab Saudi mengisyaratkan mengenai pertambahan dalam bekalan seawalnya pada suku ketiga dan pasaran saham dunia adalah bercampur disebabkan tindakan AS untuk membatalkan sidang kemuncak dengan Korea Utara.
Menteri minyak Saudi Khaled al-Faleh berkata pada satu persidangan ekonomi di Rusia bahawa pertambahan pengeluaran secara beransur-ansur mungkin berlaku pada separuh tahun kedua untuk mengelak sebarang kejutan bekalan, menurut agensi RIA Novosti. Harga minyak mentah merosot hampir AS$3 satu tong di London dan merosot lebih daripada AS$2 di New York. Hasilnya, saham minyak terjejas, dengan firma besar AS Chevron merosot 3.5 peratus.
Saham minyak yang lemah menjejas prestasi Wall Street, dengan Dow Jones Industrial dan S&P 500 masing-masing kerugian 0.2 peratus untuk hari itu. Jutawan minyak Rusia Alexander Novak berkata menteri-menteri daripada OPEC dan anggota perjanjian pengeluaran lain akan membincangkan jumlah pertambahan pengeluaran pada bulan depan. – AFP