Friday, February 7, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga pasaran udang karang terus menurun

    PORTLAND, MAINE, 28 JUN – Harga pasaran udang karang di New England jatuh selepas industri ini berdepan dengan kesan akibat wabak koronavirus, di mana harga tersebut dilihat boleh menurun lagi pada akhir musim panas ini, kata salah seorang pegawai perindustrian.

    Industri perikanan udang karang Amerika, yang sebahagian besarnya berpangkalan di Maine, kini terpaksa berdepan dengan kekurangan bekalan akibat wabak tersebut. Harga borong juga dilihat lebih rendah daripada tahun-tahun sebelumnya pada musim bunga ini, dengan pengguna mula menyaksikan harga udang karang dalam pasaran adalah lebih rendah pada awal bulan Jun.

    Ahli-ahli dalam perindustrian ini mengatakan harga kemungkinan akan jatuh lagi pada bulan Julai. Tangkapan udang karang Amerika biasanya me-ningkat pada musim panas. Tahun ini, nelayan dilihat akan membawa tangkapan udang karang mereka ke pelabuhan pada waktu yang tepat ketika restoran mula dibuka secara berperingkat akibat koronavirus.

    “Negara perlu melakukan sesuatu untuk menyelesaikan isu bekalan kerana tidak ada permintaan,” kata David Cousens, seorang penangkap udang karang dan mantan presiden Persatuan Udang Karang Maine. “Jika tidak, kita akan mengalami kerugian.”

    Cousens berkata kebanyakan nelayan kini menyaksikan harga AS$2 hingga AS$3 per paun di pelabuhan. Harga purata tahun lalu ialah AS$4.82 per paun. Untuk pemborong, harga udang karang hidup 1.25 paun bernilai AS$6.74 per paun pada bulan April. Harga tersebut menunjukkan penurunan sebanyak 13 peratus dari setahun yang lalu dan 37 peratus kurang dari dua tahun yang lalu. – AP

    Gambar fail pada 29 Mei lalu menunjukkan salah seorang penangkap udang karang ketika mengasingkan penjualannya di Portland, Maine. Harga pasaran udang karang di New England jatuh selepas industri ini berdepan dengan kesan akibat wabak koronavirus, di mana harga tersebut dilihat boleh menurun lagi pada akhir musim panas ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda