Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga petrol Vietnam naik lagi, kali ketiga bulan ini

    HANOI, 21 JUN – Harga petroleum di Vietnam telah mencatat rekod baharu selepas dinaikkan buat kali ke-12 tahun ini.

    Ini merupakan kali ketiga harga bahan api dinaikkan di negara itu pada bulan ini.

    Bermula Selasa, harga bahan api bio RON95 dinaikkan sebanyak 498 Vietnam dong (kira-kira AS$0.022) kepada rekod tinggi 32,873 dong (AS$1.41).

    Harga petrol E5 RON92 meningkat sebanyak 185 dong (AS$0.008) dan minyak diesel meningkat 999 dong (AS$0.043).

    Kementerian Perindustrian dan Perdagangan telah mencadangkan untuk menambah simpanan bahan api negara sebanyak empat kali ganda, menurut laporan baru-baru ini oleh akhbar harian Vietnam News.

    Pada masa ini, keseluruhan simpanan negara itu hanya boleh memenuhi permintaan dalam negara untuk lima hingga tujuh hari, akhbar itu memetik Le Viet Nga, timbalan ketua jabatan pasaran dalam negara kementerian berkenaan.

    Meskipun kenaikan harga global dan permintaan lebih tinggi sejak permulaan tahun ini, Vietnam belum terpaksa untuk menggunakan simpanan kebangsaannya.

    Simpanan negara itu merangkumi simpanan pedagang, kilang penapisan dan simpanan-simpanan kebangsaan.

    Bagi mengawal harga petrol dan membendung inflasi, Kementerian Kewangan Vietnam juga mencadangkan untuk memotong kadar cukai perlindungan alam sekitar bagi petrol, minyak dan gris, menurut laporan baru-baru ini oleh akhbar harian Tuoi Tre. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda