Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga rumah meningkat di sebalik kejayaan tangani virus

    WELLINGTON – Kejayaan New Zealand dalam menangani penularan wabak koronavirus telah menimbul satu masalah yang tidak diduga iaitu harga rumah melambung tinggi.

    Ketika pandemik pertama kali melanda, kebanyakan pakar meramalkan harga rumah akan jatuh. Akan tetapi, harga penjualan rumah dilihat meningkat lebih daripada 19 peratus dalam tempoh satu tahun, di mana hal tersebut telah menyebabkan ramai orang terpaksa menangguhkan niat untuk membeli rumah pertama mereka.

    Kerajaan, yang semakin mendapat kritikan kerana tindak balas mereka kepada masalah perumahan, baru-baru ini mengumumkan buat pertama kali mereka akan mengadakan beberapa siri langkah untuk menangani masalah dengan mengarahkan bank pusat kebangsaan untuk mempertimbangkan kesan harga rumah apabila membuat keputusan.

    Gabenor Bank Rizab, Adrian Orr berkata mereka mengalu-alukan langah baharu tersebut, yang mana ia ‘sejajar’ dengan nasihat mereka kepada kerajaan. Bank pusat baru-baru ini turut mengumumkan langkah mereka untuk mengehadkan pinjaman kepada pelabur perumahan.

    Namun, sebahagian pemerhati berkata langkah yang diumumkan setakat ini memberikan sedikit impak terhadap momentum peningkatan harga, di mana ia dipacu oleh kurangnya permintaan dan rekod kadar faedah rendah.

    Harga median untuk sebuah rumah di New Zealand pada Januari melonjak kepada 730,000 dolar New Zealand, meningkat 19.3 peratus dari tahun sebelumnya.
    Kejayaan New Zealand dalam menangani penularan wabak koronavirus telah menimbul masalah baharu iaitu harga rumah melambung tinggi. – AP

    Adrian Orr berkata mereka mengalu-alukan langkah dibuat kerajaan iaitu me-ngarahkan Bank Pusat Kebangsaan untuk mempertimbangkan kesan harga rumah apabila membuat keputusan. – AP

    “Sangat berpuas hati untuk melihat langkah diambil menuju arah yang betul,” kata Shamubeel Eaqub, ahli ekonomi bersama Sense Partners yang mengarang segara terperinci tentang masalah perumahan di New Zealand. Tetapi, dia menambah harga rumah dijangka ‘akan kekal meningkat kepada kadar yang lebih besar’ tanpa sebarang campur tangan kuat.

    Eileen Donavan, 25, memberitahu stesen radio RNZ minggu lalu bahawa dia dan tunangnya sedang mencari rumah kediaman berhampiran Wellington selama enam bulan. Mereka menghabiskan masa melihat 35 buah rumah dipamerkan kepada orang ramai dan menerima empat tawaran yang ditolak, walaupun mereka mempunyai wang pendahuluan yang disimpan dari peninggalan keluarga.

    “Ini suatu bencana bagi kami,” katanya.

    Eaqub berkata lebih daripada 30 tahun, New Zealand tidak membina rumah secukupnya, terutama unit untuk disewakan. Dan dia berkata ahli politik mendapati diri mereka berada dalam paradoks – mereka menginginkan harga rumah kekal meningkat bagi mereka yang sudah memiliki rumah, dan termasuk mereka yang tidak mempunyai kediaman.

    New Zealand berjaya mengekang penularan virus di kalangan komuniti, membenarkan hampir semua aspek kehidupan untuk kembali ke tahap normal dan ekonomi mereka kembali melonjak dengan kukuh disebabkan keputusan tersebut.

    KNDK berkembang kepada angka rekod 14 peratus pada suku Disember, melenyapkan hampir semua penguncupan disebabkan virus bermula awal tahun lalu. Kadar pengangguran masih berada di bawah tahap rendah iaitu sebanyak 4.9 peratus.

    Kadar kepujian berdaulat kebangsaan telah disuarakan minggu ini oleh Standard & Poor, menjadikan mereka negara membangun pertama untuk mendapat undi yakin sejak pandemik bermula.

    Tetapi kejayaan tersebut turut menjana kepada peningkatan pasaran rumah.

    Harga median untuk sebuah rumah pada Januari melonjak kepada 730,000 dolar New Zealand, meningkat 19.3 peratus dari tahun sebelumnya, menurut angka terkini dikeluarkan oleh Institusi Harta Tanah New Zealand. Di Auckland, bandar terbesar di New Zealand, harga median mencecah NZ$1 juta.

    Harga tersebut dianggap tinggi jika dibandingkan dengan mana-mana negara membangun yang lain, terutama mengambil kira kebanyakan rumah di New Zealand tidak dilengkapi dengan glis berlapis, pusat pemanas rumah atau ciri-ciri lain yang dianggap sebagai standard di kebanyakan kawasan di Amerika Utara dan Eropah.

    Menteri Kewangan New Zealand, Grant Robertson berkata kadar peningkatan harga seperti itu tidak boleh berterusan.

    “Kita merasa sangat jelas mengenai apa yang berlaku dalam tempoh tiga bulan kebelakangan tahun lalu adalah sesuatu yang tidak mampan,” katanya. “Oleh sebab itu kita mesti mengubahnya.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda