Tuesday, August 16, 2022
23.6 C
Brunei

Harga siling minyak masak juga sama di Sabah, Sarawak, Labuan

-

KOTA KINABALU, 2 OGOS – Harga siling minyak sawit botol lima kilogram untuk Sabah, Sarawak dan Labuan ditetapkan pada paras RM34.70 sama seperti di Semenanjung, berkuat kuasa pada 8 Ogos ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata mekanisme penetapan harga siling itu dibuat bersandarkan simulasi harga jualan minyak masak tulen di peringkat peruncit, dengan mengambil kira perkembangan semasa minyak sawit mentah (CPO) di pasaran global. 

“Bagaimanapun, penetapan harga siling juga mengambil kira beberapa aspek kos luar jangka seperti logistik, termasuk situasi dialami segelintir peruncit untuk menghabiskan bekalan minyak masak tulen yang dibeli dengan harga lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanta berkata penetapan harga siling secara bulanan bagi minyak masak botol tidak bersubsidi mengikut harga purata CPO bagi satu tan metrik di pasaran dunia pada bulan sebelumnya diputuskan pada mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, semalam.

Semalam, Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Tan Sri Annuar Musa berkata minyak masak sawit botol itu akan dijual pada harga RM34.70 bulan ini bermula 8 Ogos dan harga berkenaan hanya berkuat kuasa untuk Semenanjung Malaysia. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -