DOHA, 22 SEPT – Pemimpin industri penerbangan mengingatkan semalam bahawa pengembara mesti bersedia berdepan harga tiket yang lebih tinggi ketika sektor tersebut bergelut mengatasi kesan daripada pandemik COVID, harga tinggi minyak dan konflik.
Ketua pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa Willie Walsh juga berkata pemulihan syarikat penerbangan akan tertangguh sekiranya China mengekalkan dasar perjalanan koronavirus sehingga 2023.
Ketua IATA dan ketua eksekutif Qatar Airways Akbar Al Baker berkata pengembara di seluruh dunia boleh menjangkakan lebih banyak kenaikan harga pada bulan-bulan akan datang disebabkan harga minyak lebih tinggi selain kerugian yang dialami sejak dua tahun lalu.
“Tidak adanya prospek cerah dalam industri,” beritahu Walsh pada sidang media mengenai isu sampingan mesyuarat IATA.
Walsh berkata jika harga bahan api jet terus naik, ‘satu-satunya pilihan untuk syarikat adalah memasukkan kos berkenaan dalam harga tiket.’
“Harga amat tidak stabil,” tambahnya. Ketua IATA dan ketua Qatar Airways berkata tekanan tiket akan berlarutan sehingga 2023 dan tahun seterusnya.
IATA berkata syarikat penerbangan mencatat kerugian berjumlah AS$180 bilion pada 2020 dan 2021 dan menjangka satu lagi kerugian sebanyak AS$9.7 bilion tahun ini. – AFP
