Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Harga ubat TB dikurangkan

    HYDERABAD, INDIA, 31 OKT Firma farmaseutikal Perancis Sanofi mengurangkan harga ubat anti-tuberkulosis (TB) hari ini, mempertingkat pertarungan ke atas penyakit paling teruk di dunia di samping pelancaran ujian untuk rawatan baharu oleh Amerika Syarikat (AS).

    Inisiatif itu diambil tatkala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berusaha merangsang kempen ke atas TB, yang membunuh 1.5 juta orang tahun lalu dan melihat 10 juta lagi dijangkiti.

    Ahli sains, yang mengalu-alu keputusan Sanofi untuk mengurangkan harga ubat rifapentine sebanyak dua pertiga, berkata perlindungan ubat yang ditawarkan oleh rawatan sedemikian adalah penting kepada matlamat PBB untuk membasmi penyakit itu pada 2030.

    “Ubat penyelamat nyawa itu sehingga sekarang, tidak mampu dibeli di negara membangun,” kata Lelio Marmora, ketua Unitaid, inisiatif kesihatan global yang membantu membroker perjanjian penting di antara firma dan Dana Global.

    Sanofi, pengeluar farmaseutikal ketiga terbesar dunia berdasarkan hasil pulangan, telah memotong harga rifapentine untuk siri rawatan tiga bulan daripada AS$45 kepada AS$15 untuk 100 negara miskin yang bergelut dengan penyakit itu.

    Harga yang lebih murah bermakna agensi bantuan dan kerajaan berupaya menggunakan ubat itu secara lebih meluas dalam rawatan mereka. – AFP

    Anggota Kumpulan Tindakan Rawatan (TAG) semasa membantah menuntut harga ujian Xpert, digunakan untuk diagnosis tuberkulosis, dikurangkan kepada AS$5 pada Persidangan Kesatuan Dunia mengenai Kesihatan Paru-Paru di Hyderabad, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda