Monday, November 18, 2024
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hargai komitmen terhadap pencapaian BIBD ALAF

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menganjurkan majlis malam penghargaan, baru-baru ini bagi menghargai sumbangan dedikasi rakan strategik dan pihak berkepentingan dalam Program Menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk Masa Depan Berwawasan (ALAF) sepanjang tahun akademik 2024.

    Hadir pada acara tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan, Dayang Mariana Chek binti Bujang dan Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Ugama, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Hajah Mariana binti Haji Jamil, serta anggota pasukan bertugas BIBD ALAF, pendidik, sukarelawan dan rakan strategik.

    Majlis tersebut mengiktiraf sokongan daripada semua pihak terlibat, yang telah memainkan peranan penting dalam memelihara dan membimbing pelajar BIBD ALAF, memperkasakan mereka untuk mencapai kejayaan akademik dan menyumbang kepada pembangunan negara.

    Kerjasama seumpama itu menekankan komitmen BIBD dalam memupuk kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah, selaras dengan Wawasan Brunei 2035.

    Acara tersebut juga berfungsi sebagai platform untuk mengiktiraf pencapaian graduan BIBD ALAF, di mana ramai daripada mereka telah berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

    Setakat ini, program berkenaan telah menyokong hampir 300 pelajar, dengan memberikan mereka bantuan akademik dan kewangan yang menyeluruh untuk membantu mereka mencapai kejayaan.

    Beberapa graduan yang berjaya daripada program tersebut telah memulakan kerjaya yang memuaskan dan membuat kemajuan yang agak ketara.

    Selain itu, beberapa pelajar BIBD ALAF sedang meneruskan pengajian mereka di luar negara, dengan kepakaran dalam bidang seperti farmasi, kejuruteraan mekanikal dan ekonomi di universiti yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

    Pelajar-pelajar berkenaan mewakili visi jangka panjang program untuk melahirkan profesional mahir yang akan menyumbang kepada pembangunan mampan Brunei dan membantu merealisasikan matlamat Wawasan 2035.

    Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas BIBD, Haji Mohammad Yusri bin Haji Wahsalfelah semasa menyampaikan ucapan. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda