BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Lima pelanggan bertuah Bank Standard Chartered (StanChart) Brunei menikmati peluang berbelanja percuma bernilai sehingga $1,000 dalam acara Supermarket Sweep 2025 yang diadakan di Gedung Perniagaan Hua Ho, cawangan Manggis.
Acara itu merupakan sebahagian daripada kempen Spend & Dash 2025, di mana peserta terpilih melalui cabutan elektronik bergegas mengisi troli dalam masa tiga minit, sambil mengumpul bendera hijau khas yang menawarkan bonus Royal Skies miles.
Kempen tersebut berlangsung dari Jun hingga September 2025, membolehkan pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya $50 menggunakan Kad Kredit StanChart menyertai cabutan bulanan dan cabutan utama untuk pengalaman Supermarket Sweep eksklusif.
Ketua Bahagian Produk Runcit dan Digital StanChart Brunei, Dayang Aisah binti Razali berkata acara itu menunjukkan penghargaan bank terhadap kesetiaan pelanggan serta kerjasama berterusan dengan Gedung Perniagaan Hua Ho.
Acara berakhir dengan suasana ceria apabila pemenang menyelesaikan pembayaran mereka, menandakan kejayaan penganjuran Supermarket Sweep 2025.


