LEBIH tiga dekad dalam industri seni lakonan, Keanu Reeves tidak pernah sekali pun memperlekehkan watak yang diberikan kepadanya. Dia tetap memberikan yang terbaik walaupun karakter berkenaan pernah dilakonkan sebelum ini. Kata pelakon berusia 54 tahun ini, dia sentiasa memberikan yang terbaik kerana lakonan adalah jiwanya. Dia hanyalah seorang anak seni yang suka bercerita menerusi lakonan.