Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Hargailah kami yang bergaji kecil

    Ketika ini, ramai yang mengeluh tentang kadar gaji yang susah hendak naik apa lagi jika bekerja di sektor swasta.

    Walaupun dasar gaji minimum sekitar $500 telah diperkenalkan bagi industri-industri tertentu dalam sektor swasta, persoalannya di sini, adakah jumlah itu mencukupi untuk menampung kos sara hidup masa kini?

    Dengan harga barang yang semakin meningkat, ditambah pula kos makan, minyak kereta, bayaran bil dan keperluan sekolah anak-anak yang semakin tinggi, tidak hairanlah ramai yang merasakan gaji yang diterima tidak setimpal dengan beban hidup yang ditanggung.

    Sebab itu, banyak terjadinya kes jenayah curi ketika ini akibat desakan ekonomi.

    Sebagai seorang pemandu trak, saya juga berasa tidak adil dengan keputusan yang diambil oleh pihak atasan di tempat saya bekerja, apabila gaji saya dibayar sama rata seperti pekerja stor atau pejabat.

    Sedangkan kerja saya berdepan risiko kemalangan, cuaca panas terik, hujan lebat, jalan sesak dan kadang-kadang kena angkat barang berat sampai cedera.

    Setiap hari saya perlu keluar awal, balik lewat. Tapi, gaji tetap sama, tiada elaun tambahan, tiada bayaran kerja lebih masa tetapi penghargaan tidak seberapa.

    Saya bukan minta lebih-lebih, cuma harap pihak pengurusan buka mata dan nilai semula kadar gaji kami berdasarkan tanggungjawab dan cabaran sebenar.

    HaKimee

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...