Wednesday, January 15, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari bebas kereta kembali dilaksanakan

    SINGAPURA, 17 MAC – Ramai orang turun ke jalan raya hari ini berikutan beberapa jalan di sepanjang Daerah Sivik Singapura dan Daerah Pusat Perniagaan (CBD) ditutup kepada lalu lintas untuk Hari Ahad Bebas Kereta, yang kembali dilaksanakan selepas empat tahun dihentikan.

    Orang ramai mengambil peluang ini untuk memenuhi jalan di kawasan yang ditetapkan termasuk Jalan St Andrew dan Esplanade Drive dengan pelbagai kaedah – berjalan kaki, berbasikal, kick-scooter, roller-blade dan banyak lagi –  sebaik sahaja acara itu bermula pada 8 pagi hari ini.

    Arkitek, Sze Chong, 64, berkata beliau berbasikal lebih daripada 12 kilometer (km) dari rumahnya di Pasir Panjang untuk menyertai acara hari ini dan menikmati  kebebasan di jalan raya tanpa kehadiran kenderaan yang lebih besar.

    “Saya biasa menyertai (Hari Ahad Bebas Kereta) pada 2019 sebelum mereka menghentikannya kerana pandemik, jadi sekarang mereka memulakannya kembali. Bagus untuk membuka kawasan bandar raya ini bagi keluarga dan semua golongan dan juga terdapat banyak program.

    “Saya harap acara ini boleh menjadi lebih besar. Sekarang ia hanya kira-kira 4.5km untuk satu pusingan,”  katanya kepada Bernama sambil berharap Hari Ahad Bebas Kereta akan diadakan lebih kerap pada masa akan datang. – Bernama

    Orang ramai menunggang basikal di sepanjang Jalan St Andrew di hadapan Galeri Nasional Singapura sempena Hari Ahad Bebas Kereta. – ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda