Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hari Gawai satukan masyarakat pelbagai kaum, agama

    SIBU, 26 MEI – Perayaan Hari Gawai yang disambut bermula 1 Jun setiap tahun oleh masyarakat Dayak di Sarawak merupakan platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum dan agama bagi dalam menjalani kehidupan dengan harmoni dan makmur.

    Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perayaan tersebut bukan saja disambut oleh masyarakat Dayak malah turut diraikan bersama oleh semua masyarakat.

    “Begitu juga Tahun Baru Cina, ia tidak lagi hanya disambut masyarakat Cina tetapi masyarakat Dayak turut merayakannya sama juga dengan Aidilfitri,” katanya pada majlis Malam Pra Gawai Dayak Sibu 2024 malam tadi. Beliau berkata begitu juga dalam arena politik, pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik berlainan boleh duduk bersama apabila tiba perayaan Gawai Dayak.

    “Di tengah-tengah apa yang berlaku di seluruh dunia, kita boleh belajar daripada apa yang berlaku di tempat lain, jadi kita boleh hidup bersama dengan lebih baik dan berjaya,” katanya sambil menyeru supaya masyarakat menghormati antara satu sama lain bagi mengecapi kemakmuran bersama. – Bernama

    Perarakan oleh Budaya Borneo sekitar metropolitan pada Borneo Native Festival, di Bukit Bintang kelmarin. Perayaan Hari Gawai menyatukan masyarakat Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda